Mazhab Quanzhen
Mazhab Quanzhen

Mazhab Quanzhen

Mazhab Quanzhen (Cina tradisional: 全真教; Cina Ringkas: 全真教; pinyin: quán zhēn jiào) ialah sebuah taifah Taoisme yang ditubuhkan oleh Wang Chongyang, seorang pendeta Taoisme, pada sekitar 1170 semasa pemerintahan Dinasti Jin (1115-1234) oleh orang Jurchen di China. Sewaktu orang Mongol menakluki China Utara (Dinasti Song) pada tahun 1254, pengikut-pengikut Quanzhen merupakan kumpulan yang paling berusaha untuk memeliharakan ketenteraman, dan oleh itu, dapat menyelamatkan banyak orang, khususnya mereka daripada keturunan Cina Han. Cabang Taoisme ini sering disebut dalam novel-novel Jinyong yang popular.